Thursday, 21 November 2013

Sedih

Hari ni aku sangat-sangat sedih sebab aku terpisah dengan sedara aku yang berada di Kajang.. Dah dua hari aku menangis.. huhu.. Sedih gila sebab aku best gila kat sana.. Tapi, bila aku balik seremban, terus aku menangis tapi, nasib baik diorang tak tau aku nangis.. Aku sebenarnya bosan gila kat seremban nih.. Aku nak balik Kajang balik jumpa dengan diorang balik.. Agak-agak boleh tak?? Harap-harap boleh dan mak dan ayah aku kasi aku pergi Kajang balik.. Oklah.. Bye.. Assalamualaikum..

Wednesday, 20 November 2013

Hari lahir saya

Pada 9 bulan yang lepas, saya membuat hari lahir saya yang kesembilan.. Emak dan kakak-kakak saya membelikan saya sebiji kek coklat.. Kek itu sangat lazat..

Kawan Baik Saya

Saya mempunyai ramai kawan tetapi saya hanya mempunyai seorang kawan baik.. Nama kawan baik saya ialah Ria Qistina.. Kami belajar di dalam kelas yang sama.. Ria tinggal di Taman Ampangan.. Selepas waktu persekolahan (pagi), kami menyiapkan kerja sekolah bersama-sama.. Pada waktu petang, kami duduk bersama-sama.. Kami mempunyai hobi yang sama.. Hobi kami ialah memberikan hadiah antara satu sama lain..Kami tidak pernah berkecil hati antara satu sama lain.. Saya berharap persahabatan kami akan berkekalan..

Keluarga Saya

Keluarga saya terdiri daripada lapan orang anggota iaitu abah, emak, kakak-kakak dan juga saya.. Bapa saya seorang tentera (berpencen).. Ibu saya pula seorang guru.. Dia mengajar saya sampai saya pandai.. Kakak saya yang pertama bernama Siti Nur Aisyah Bainun.. Kakak saya berumur 24 tahun.. Dia bekerja sambil belajar.. Kakak saya yang kedua bernama Siti Nur Hidayah.. Kakak saya berumur 22 tahun.. Dia belajar di universiti melaka.. Kakak saya yang ketiga bernama Siti Nur Fatihah.. Kakak saya berumur 21 tahun.. Dia juga belajar di universiti melaka.. Kakak saya yang keempat pula bernama Siti Nur Asyikin.. Kakak saya berumur 19 tahun.. Dia juga belajar di universiti melaka.. (Ketiga-tiga orang ini belajar di tempat yang berlainan).. Kakak saya yang kelima pula bernama Siti Nur Najihah.. Kakak saya berumur 15 tahun.. Dia belajar di tingkatan tiga.. Dan akhir sekali adalah saya..


                                                               

Biodata Diri

Nama saya Siti Nur Khairun Nisa.. Umur saya 10 tahun.. Saya dilahirkan pada 4 Februari 2004 iaitu hari rabu.. Saya dilahirkan di Hospital Besar iaitu Hospital Tuanku Jaafar.. Saya bersekolah di Sek. Keb. Ampangan.. Makanan Kegemaran saya ialah Nasi Goreng Ayam.. Minuman Kegemaran saya pula ialah Teh `o' Ais Limau.. Hobi saya ialah bermain batu seremban.. Cita-cita saya ialah guru iaitu cikgu..